PENGAT PISANG
Assalamualaikum..
hari ni sy nak kongsi resipi pengat pisang yang ringkas dan mudah..
dan yang penting sedap..
kredit to my mum..hehe
bahan-bahan :
pisang abu (pisang nangka or yg korg suka pn blh) - 5 biji or ikut keperluan
air
kapur - sikit je
santan - 4 cwn
daun pandan - 2 helai
gula - secukup rasa
garam - secukup rasa
cara-cara:
- Potong pisang (seberapa yang korang nak) kecil-kecil..macam dalam gambar..sy guna 5 biji..kemudian rendam di dalam air yang telah diletakkan sedikit kapur (kapur makan taw) untuk elakkan dari pisang tu lembik bila di masak.
- Sediakan periuk dan masukkan santan ke dalamnya..gunakan api kecil..kalau nak pekat,masukkan banyak skit santannya..sy guna 4 cawan santan.
- Tambahkan 1 @ 2 cawan air untuk menstabilkan kuah sebab sy xberapa suka pekat..
- Tambahkan gula dan garam secukup rasa..pastikan sentiasa di kacau supaya xpecah santan.
- Masukkan pisang yang dah direndam dan dituskan airnya.
- Masukkan daun pandan yang telah di siat-siat (untuk mendapatkan lebih rasa) dan simpulkan dengan kemas.
- Masukkan sagu gentel kalau nak lebih pekat dan ikut keselesaan anda..(sy x letak)
- Kacau sehingga mendidih dan hidangkan.